1000halunik.blogspot.com - Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (???). Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)
Larangan melakukan qaza‘ ini telah
disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar
Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian
daripada rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :
"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian
rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang
mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu)
kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."
Share This Article
0 komentar:
Posting Komentar